Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti dahulunya dikenali dengan nama Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Rimau Dalam yang berada berdekatan dengan Pekan Tampin. Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Rimau Dalam ditubuhkan dan mula beroperasi pada Mei 2009 sehingga Ogos 2014 yang mewakili projek di bawah SKMM dan TM untuk Fasa 1. Kemudian Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Rimau Dalam ditutup operasinya dan berpindah ke tempat baru iaitu Taman Lendu Bakti, Alor Gajah, Melaka. Selama lebih 7 bulan proses pembangunan Pusat Internet 1 Malaysia yang baru, Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Rimau Dalam ditukar nama ke Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti yang merupakan fasa sambungan bagi fasa 1 yang dikenali sebagai Fasa 1-X ( 1-Extension). Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti bermula operasi pada April 2015 sehingga sekarang.
Kini – Pusat Internet 1 Malaysia Taman Lendu Bakti :
Dahulu – Pusat Internet 1 Malaysia Tg. Rimau Dalam :









