mcmc
Maklumat KomunitiMaklumat Setempat

Maklumat Komuniti Bulan Januari 2025

ADHD

Adakah Anda Pasti Tentang ADHD? 🧠 Ketahui Fakta, Bukan Mitos! Bersama Dr. Aliyyah, kami bongkar tanda-tanda ADHD, rawatan terbaik, dan kebenaran di sebalik #ADHDtest yang tular. Tonton sekarang di sini: https://www.youtube.com/watch?v=cpx991Dm-kE

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 – Peringkat Negeri Melaka

Jemput semua ke sambutan penuh meriah Tahun Baharu Cina 2025! 🎉

📍 Lokasi: Malim Food Town, Jalan Rahmat 4, Taman Malim Jaya, Melaka
🗓️ Tarikh: Sabtu, 8 Februari 2025
⏰ Masa: 6.00 petang hingga 11.00 malam

Majlis ini akan dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, sebagai tetamu kehormat.

Acara menarik termasuk:
🌟 Persembahan seni budaya tradisional Cina
🍲 Pelbagai pilihan makanan tempatan dan tradisional
🧧 Aktiviti istimewa untuk seisi keluarga
✅ Kupon pembelian makanan
🎁 Cabutan bertuah

Marilah bersama-sama memeriahkan sambutan ini dan meraikan keharmonian budaya kita di negeri Melaka! 🏮

“Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat”

PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2025

Adakah anda usahawan muda yang kreatif, inovatif, dan bersedia untuk melonjakkan perniagaan anda ke tahap seterusnya?

Ini peluang anda untuk menjadi IKON USAHAWAN NADI 2025 dan mendapat bimbingan dalam program berstruktur yang disediakan khas untuk membantu anda berjaya!

💼 Apa yang anda bakal lalui?
1️⃣ Fasa 1: Latihan keusahawanan eksklusif secara atas talian
2️⃣ Fasa 2: “State Bootcamp” di peringkat negeri
3️⃣ Fasa 3: Projek Mercu Peringkat Nasional
4️⃣ Fasa 4: Pertandingan 50 Usahawan Terbaik di Persidangan NADI 2025

✨ Kriteria Penyertaan:
✔️ Warganegara Malaysia
✔️ Berumur 18 – 60 tahun
✔️ Telah berdaftar sebagai Ahli NADI
✔️ Individu yang sedang menjalankan perniagaan (produk atau perkhidmatan)
✔️ Komitmen tinggi sepanjang program & acara yang dirancang

💡 KENAPA ANDA PATUT SERTAI?
✅ Akses ke latihan intensif & bimbingan perniagaan
✅ Jaringan dengan komuniti usahawan dinamik
✅ Peluang memenangi pengiktirafan sebagai Ikon Usahawan NADI

📝Daftar Sekarang & Jadilah Inspirasi Kepada Usahawan Lain!
📞 Untuk maklumat lanjut hubungi petugas di talian:
Aida: 011-37274118 https://wa.me/601137274118
Faris: 017-6521129 https://wa.me/60176521129

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melangkah lebih jauh bersama NADI! 💪

Program Latihan Khidmat Negara 3.0

Info lanjut berkaitan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN):https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0;

Facebook: https://www.facebook.com/KementerianPertahanan)