mcmc
Maklumat KomunitiMaklumat Setempat

Maklumat Komuniti Bulan Febuari 2025

AWAS! Risiko Kanak-Kanak di Internet

Kanak-kanak boleh terdedah kepada kandungan tidak sesuai seperti keganasan, bahan lucah, dan maklumat mengelirukan yang boleh menjejaskan perkembangan mental serta emosi mereka. ๐Ÿ˜Ÿ

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Lindungi mereka dengan langkah-langkah ini:
โœ… Ajar mereka untuk tidak berkongsi maklumat peribadi.
โœ… Gunakan kawalan ibu bapa (parental control).
โœ… Berbincang secara terbuka tentang risiko internet.
โœ… Galakkan mereka bertanya jika menghadapi situasi mencurigakan.

๐Ÿ’ก Bersama kita jadikan internet tempat yang lebih SELAMAT untuk mereka! ๐Ÿš€

Artificial Intelligence Fact Check Assistant

Memperkenalkan AIFA, pembantu kecerdasan buatan untuk pengesahan berita atau maklumat.

AIFA tersedia untuk diakses menerusi aplikasi WhatsApp dan portal sebenarnya.my.

Imbas kod QR atau klik link di bawah untuk mulakan semakan dan interaksi dengan AIFA!

https://api.whatsapp.com/send/?phone=%2060386887997&text…

Sama-sama kita perangi maklumat palsu.

Sebanyak 3,149 titik akses (AP) Wi-Fi telah pun siap dipasang di tiga universiti awam (UM, USIM, UniMAP)

Sukacita saya kongsikan, sebanyak 3,149 titik akses (AP) Wi-Fi telah pun siap dipasang di tiga universiti awam (UM, USIM, UniMAP) menerusi fasa pertama dalam usaha menambah baik capaian Internet di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Ini pencapaian yang amat baik, hasil kerjasama antara Kementerian Komunikasi melalui MCMC, dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pagi tadi saya meluangkan masa ke Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) di UM untuk meninjau status pemasangan AP Wi-Fi berkenaan.

Menerusi fasa pertama, 1,837 AP Wi-Fi telah dipasang di empat fakulti dan satu kolej di UM.

Insya-Allah, fasa kedua akan bermula Mac ini yang memanfaatkan 14 universiti awam (termasuk UM), 24 politeknik dan 43 kolej komuniti.

Hampir 32,000 AP Wi-Fi akan dipasang dalam fasa kedua nanti, dan dijangka siap pada Julai.

Sempena keberadaan di UM tadi, saya turut menyampaikan sumbangan 50 komputer riba kepada mahasiswa UM, terutama yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas.

Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan

Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.

Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.

Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.

Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.

Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.

Semoga segala usaha ini dipermudah.

Thaipusam: Tambang percuma bagi penumpang Komuter Lembah Klang

Berita penuh: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/thaipusam-tambang-percuma-bagi-penumpang-komuter-lembah-klang

Jom sertai WhatsApp Channel NADI Malaysia!

Nak dapatkan info terkini tentang program perkhidmatan pintar, aktiviti di NADI dan inisiatif kerajaan terkini terus dekat telefon? Dah boleh!

Jom sertai sekarang:
[https://whatsapp.com/channel/0029Vb3INC9Elah2RRh2U71T](https://whatsapp.com/channel/0029Vb3INC9Elah2RRh2U71T)

TikTok Challenge

โ€œMana Lagi? Melaka Ler..โ€ TikTok Challenge adalah pertandingan yang memberi ruang kepada semua penduduk mahupun pelancong Negeri Melaka untuk mempromosikan keindahan seni budaya, sejarah, makanan dan tarikan Negeri Melaka melalui video TikTok yang kreatif dan menarik serta menghargai perspektif mereka yang unik berkenaan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan.

Hantar penyertaan anda sekarang sehingga 30 Jun 2025!

Sertai dan menangi hadiah utama RM5000 dan hadiah-hadiah iringan yang menarik!

FORUM PERDANA โ€œMENYELUSURI PERJALANAN AGUNG RASULULLAH S.A.Wโ€ SEMPENA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 1446H / 2025M

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka akan mengadakan FORUM PERDANA โ€œMENYELUSURI PERJALANAN AGUNG RASULULLAH S.A.Wโ€ SEMPENA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 1446H / 2025M pada ketetapan seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธ04 FEBRUARI 2024 (SELASA)
โฐ 8.00 MALAM
๐Ÿ•Œ AUDITORIUM MASJID AL-AZIM MASJID NEGERI MELAKA
๐Ÿ‘จ๐Ÿป๐Ÿ’ผTYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

YBhg Datuk/ Datin/ tuan /puan muslimin dan muslimat dijemput hadir sama bagi mengimarahkan majlis tersebut.

Forum Juga Diadakan Secara Live Streaming Melalui Pautan Facebook :
๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
https://www.facebook.com/Kerajaan-Negeri-Melaka-161591020523151
๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
https://www.facebook.com/maimmelaka
๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
https://www.facebook.com/jaimmelaka/
๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
https://www.facebook.com/muftimelakaofficial/?tab=home

“Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia”
“Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat”
“Malaysia Madani”
“Berkhidmat Untuk Negara”

URUS SETIA
BAHAGIAN DAKWAH,JAIM

Pembangunan Semula Gaza

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia komited membantu pembangunan semula Gaza melalui kerjasama rakyat, sektor swasta serta sokongan Jepun menerusi program Asia Timur.