Finalis WSIS Prizes 2025

Dengan rasa bangga, kami ingin maklumkan bahawa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah berjaya tersenarai sebagai finalis WSIS Prizes 2025 yang akan berlangsung di Geneva!
Ini adalah peluang untuk NADI diiktiraf di peringkat antarabangsa dan anda memainkan peranan penting dalam mencipta kejayaan ini. ![]()
Jom SOKONG NADI dengan mengundi sekarang!
Cara Mengundi:
1.Klik pautan ini: https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/2025
2.Klik “Vote”, daftar akaun baru & log masuk
3.Pergi ke Voting Form > AL C4: Capacity Building
4.Cari projek “National Information Dissemination Centre” dan klik Vote For This Project
Tempoh undian: 11April – 30 April 2025
Setiap undi anda membantu meletakkan NADI sebagai model global dalam pembangunan komuniti digital. Terima Kasih atas sokongan anda kepada NADI.
Ayuh #TeamNADI kita harumkan nama NADI di pentas dunia!
UNDI & SEBARKAN!
WORLD PARKINSON’S DISEASE DAY

Jemputan Jamuan Raya Gabungan Kelab Kebajikan Bekas Pelajar sekolah Lendu ( kkbpsl) ,GP 66 dan lendu Bikers 2025

| Tarikh | 12 Apr 2025 ( Sabtu) |
| Masa | Jam 9. 30 – 11.30 pagi |
| Tempat | Balai Raya Taman Seri Lendu |
| Tetamu Khas | YB Dato’ Azhar bin Hj Arshad – SUK Melaka |
Semua ahli kkbpsl, Gp 66 dan Lendu Bikers dijemput bersama
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025



Mari bersama meraikan kemeriahan Aidilfitri dalam suasana penuh ihsan dan toleransi bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan!
📅 5 April 2025 (Sabtu)
⏰ 10:00 pagi – 4:00 petang
📍 Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka
Istimewa tahun ini, majlis akan diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, barisan Menteri Kabinet, serta pemimpin negara.
Seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Melaka, dijemput hadir bersama-sama dan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan. Kenakan busana raya terbaik anda dan raikan Syawal dalam suasana penuh kemesraan, keharmonian, dan perpaduan!
“Ihsan menyentuh jiwa, toleransi menyatu negara”
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Meraikan kemeriahan Syawal dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keharmonian serta keberkatan kepada semua.