mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti – Ogos

Tajuk

Sesi Lawatan Dari Team Maxis Untuk Program e-Rezeki

Tarikh & Lokasi

7 Ogos 2018 (9.00 pagi – 11:00 pagi)

PI Taman Lendu Bakti

Peserta

 Petugas  Pusat Internet di bawah Telco Maxis dari Putrajaya

 

Tujuan :

Memberi taklimat ringkas tentang kejayaan pelaksanaan program E-Rezeki dan berkongsi strategi pelaksanaan bersama petugas Pusat Internet di bawah telco Maxis

Aktiviti :

– Taklimat Pelaksanaan E-Rezeki oleh Pengurus PI Taman Lendu Bakti berkongsi tentang kejayaan dalam pelaksanaan program E-Rezeki sepanjang tahun 2017 dan 2018.
– Berkongsi strategi dan cara pelaksanaan program E-Rezeki supaya peserta dapat melaksanakan dengan jayanya di tempat masing-masing.
 
 
 

Tajuk

Bengkel Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint)

Tarikh & Lokasi

8,9,10 Ogos 2018 (10.00 pagi – 12:00 tengahari)

Bilik  Latihan PI Taman Lendu Bakti

Peserta

  Bavani A/P Sivaraman (18 tahun)

 

Tujuan :

Sebagai persediaan untuk menyambung belajar yang memerlukan kemahiran penggunaan komputer untuk aktiviti atau tugasan.

Aktiviti :

Peserta diberi latihan secara teori dan praktikal:

  • – Menaip resume, risalah dan surat rasmi
  • – Membuat jadual
  • – Membuat kira-kira dan menghasilkan carta pai
  • – Membuat laporan kewangan (akaun) menggunakan formula

– Menghasilkan slide yang kreatif dan beranimasi

 
 

Tajuk

Latihan Keusahawanan (Kursus Hidroponik Domestik)

Tarikh & Lokasi

9 Ogos 2018 (9.00 pagi – 12:00 tengahari)

Bilik  Latihan PI Taman Lendu Bakti

Peserta

Usahawan tani atau bakal usahawan dari komuniti setempat dan juga Persatuan Pencetus Usahawan Malaysia (PPUM)

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada usahawan tani tentang kelebihan dan rahsia kaedah penanaman sayur hidroponik tanpa pam elektrik, tanpa siram dan tanpa penjagaan selama 30 hari

Aktiviti :

Membuat latihan secara praktikal “Trick & Tips” Memaksimumkan cara penggunaan Set Hidroponik. Peserta dapat mempelajari teknik:

  • 1.Kaedah penanaman keratan
  • 2.Pemilihan lokasi yang terbaik
  • 3.Racun organik buatan sendiri
  • 4.Shortcut tanam sawi 15 hari
  • 5.Teknik tanam cili hidroponik
  • 6.DIY botol mineral dan cawan kertas
  • 7.Rahsia kaedah hidroponik
  • 8.Teknik tanam pegaga
  • 9.Trick & tips penjagaan
  • 10.Tukar habitat tanaman
  • 11.Hidroponik sihat vs tak sihat
  • 12.Pengenalan aquaponic

13.Pengenalan agropreneur

 
 
 

Tajuk

Taklimat Advokasi Bersama Pelajar Sekolah

Tarikh & Lokasi

15 Ogos 2018 (12.00 tengahari – 2.00 petang)

Dewan SMA Jaim Al- Asyraf, Pekan Pulau Sebang

Peserta

  Semua pelajar SMASRA (Tingkatan 1 sehingga tingkatan 6)

 

Tujuan :

Memberi kesedaran kepada peserta tentang keselamatan semasa berada di internet dan penggunaan teknologi atau aplikasi media sosial secara berhemah

Aktiviti :

-Taklimat advokasi KDB (online grooming, aduan & maklumat palsu, Sebenarnya.my, buli siber, oversharing, mobile e-waste)

-Tayangan video

-Soal jawab kuiz

-Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah